Kolaborasi PASRelief dan NGO bantu Palu

KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) meneruskan lagi peranannya pada Misi Bantuan Gempa Bumi dan Tsunami Palu dengan menghantar delegasi ke wilayah itu semalam.

Advertisement

Diketuai Timbalan Pengarah PASRelief, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, misi kali kedua disertai 26 anggota itu berkolaborasi bersama NGO Geng Ustaz pimpinan Presiden, Ustaz Norazli Musa.

NGO yang turut serta adalah Al-Azhar Care, Syabab Care, Medicom, Pemuda Kuala Langat, Geng Surau Putrajaya dan Ikatan Asatizah Ummah dengan membawa sumbangan masing-masing.

Pada misi kali ini PASRelief membawa sumbangan berjumlah RM121,579.50 yang dikumpul menerusi kempen digerakkan PAS di pelbagai peringkat, termasuk korporat, para dermawan dan individu.

Sumbangan tersebut akan dikhususkan bagi pembelian dan sumbangan berupa barang makanan asas, keperluan wanita, susu dan makanan bayi, peralatan khemah serta pakaian.

Misi selama lima hari itu telah menjalin kerjasama strategik bersama NGO Indonesia bagi kelancaran usaha bantuan yang akan disampaikan langsung kepada mangsa di khemah-khemah sementara di mana direkodkan kini berjumlah 74,000 orang.

Terdahulu, Pengarah PASRelief telah melaksanakan misi tinjauan dan sumbangan awal ke lokasi awal bulan ini, manakala Geng Ustaz telah mengirimkan sumbangan awal RM100,000 dan membawa jumlah sama pada misi kali ini.

Rakyat Malaysia yang prihatin diseru terus menyumbang bagi keperluan mangsa gempa bumi dan tsunami Indonesia menerusi akaun Maybank 5640 7061 1352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa atau 5640 7061 2333 atas nama PASRelief.HARAKAHDAILY 23/10/2018 

IMG 20181023 WA0029

IMG 20181023 WA0028

IMG 20181023 WA0027

IMG 20181023 WA0025

IMG 20181023 WA0024

IMG 20181023 WA0023