Tuduhan kepada Kerajaan Kelantan disanggah

TUDUHAN 1:  Kerajaan Negeri Kelantan tidak cekap mentadbir.

Advertisement

Fakta 1: Audit Negara setiap tahun memberi penarafan 5 bintang di atas kecekapan dan ketelusan Kerajaan Negeri menguruskan kewangan negeri.

 

Tuduhan 2:  Kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan dengan kewangannya yang terhad.

Fakta 2: Kos pergajian kakitangan hanya dalam RM200-300 juta setahun. Pendapatan Negeri sekitar RM600 juta setahun. Di samping itu, Kerajaan Persekutuan wajib memberi peruntukan setiap tahun sebagai perjanjian menjadi negeri dalam sistem Persekutuan. Semua negeri menerima hak dan peruntukan yang sama. Tidak timbul mengungkit sesuatu yang wajib diberi kerana ikatan perjanjian. Seorang lelaki yang menjadi suami dikira tidak waras jika marah dan mengungkit isteri meminta duit untuk membeli barang dapur yang sememangnya hak si isteri.

 

Tuduhan 3:  Kelantan mundur dan kewangan kecil kerana kegagalan memerintah tidak seperti Negeri-negeri Pantai Barat seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor dan lain-lain.

Fakta 3: Negeri-negeri Pantai Barat mempunyai lokasi-lokasi strategik laluan perdagangan Selat Melaka sehingga pihak penjajah British membangunkan negeri-negeri ini sejak beratus-ratus tahun dahulu termasuklah pembukaan lombong-lombong galian serta pembinaan infrastruktur mega seperti pelabuhan dan lain-lain berkembang maju dan kekal digunakan walaupun galian sudah habis dan diganti pula dengan perindustrian. Kelantan tiada dan tidak boleh suka-suka membuka pelabuhan (ia di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan) dan bukan laluan strategik perdagangan tetapi akhirnya dikurniakan perairannya kaya dengan minyak dan gas. Hasil minyak dan gas ini akhirnya diambil menjadi pendapatan negara untuk membangunkan Malaysia secara keseluruhannya termasuklah pembangunan negeri-negeri lain.

Waraskah mereka yang menuduh Kelantan mundur dan dibanding-banding dengan negeri-negeri itu sedangkan hasil negerinya sendiri seolah-olah dirompak, tidak pernah diberi dan dihormati perjanjian pemberian royalti seperti yang dijanji?

Fakta 4: Menteri Kewangan memang berbohong.

Fakta 5: Yang cuba mempertahankannya pula sudah dijangkiti karma penyakit ketaksuban yang tidak mengejutkan.

*Dipetik  daripada  FB Hanif  YaacobHARAKAHDAILY 23/10/2018