Tafsir al Quran ikut cita rasa sendiri

KOTA BHARU: Umat Islam di akhir zaman agak malang apabila ada manusia membuat penilaian sendiri tentang ayat-ayat al-Quran mengikut cita rasa mereka.

Advertisement

Isteri Imam Besar Masjidil Aqsa, Dr Naela Hashem Hasan Sabri berkata, golongan terbabit bukan hanya menghina al Quran, sebaliknya mengelirukan umat Islam.

“Islam begitu terancam zaman sekarang dengan pelbagai dakyah dan fahaman.

“Kerana itu pendakwah perlu mempertingkatkan ilmu agama untuk mendidik masyarakat supaya sentiasa istiqamah dengan ajaran Islam,” katanya pada kuliah Dhuha Perdana di Masjid Muhammadi ll, Telipot semalam.

Beliau bersama suamainya, Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri dan rombongan dari Palestin mengadakan siri jelajah 2 ke Kelantan.

Dr Naela Hashem juga berkata, umat Islam disaran mempelajari bahasa Arab bagi memudahkan mereka mendalami al Quran. – HARAKAHDAILY 25/10/2018