Sumbangan SKIMPAS buat waris Arwah Ustaz Rejab

KANGAR: Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) hari ini menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada anak Allahyarham Ustaz Mohd Rejab Md Akhir.

Advertisement

Ustaz Mohd Rejab yang meninggal dunia pada 25 September lalu adalah pencarum SKIMPAS.

Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada anak allahyarham sempena Ijtimak Tarbawi di Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN).

SKIMPAS yang dilancarkan pada Februari lalu di Bangi Convention Center telah mencapai 200,000 pencarum. – HARAKAHDAILY 27/10/2018