Tragedi JT-610, Lion Air : Takziah buat Indonesia

SAYA rakamkan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Indonesia yang sedang diuji dengan tragedi pesawat JT-610 Lion Air hari ini yang dilaporkan terhempas ketika dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Pulau Pangkal Pinang di Sumatera. Hingga saat ini, usaha untuk mengesan bangkai pesawat itu masih dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Advertisement

Dilaporkan bahawa pesawat tersebut membawa 188 penumpang dan anak kapal. Ia sedang dalam perjalanan untuk berpatah balik ke Jakarta sejurus selepas bertolak menuju Pulau Pangkal Pinang.

Semoga rakyat dan Kerajaan Indonesia menghadapi detik-detik ini dengan penuh tabah. Tentunya ia merupakan satu detik yang sukar selepas tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda baru-baru ini.

Negara-negara berjiran juga wajar menghulurkan bantuan yang wajar sekiranya diperlukan.

USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
29 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 29/10/2018