Pemimpin PAN usah syok sendiri

DrAhmadFakh

ALOR SETAR: Sekarang didapati ramai daripada kalangan penyokong Parti Amanah Negara (PAN) mulai sedar hala tuju perjuangan parti itu sehingga mahu kembali kepada perjuangan asal.

Advertisement

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, kebanyakan mereka sedar permainan politik pemimpin PAN yang kononnya mahu menggantikan PAS bagi memperjuangkan Islam.

Katanya, ramai yang ditemui mulai cenderung semula kepada PAS selepas kecewa dengan gelagat pemimpin parti itu.

“Kita pun terkejut juga dengan kenyataan Naib Presiden PAN, Dato’ Mahfuz Omar seolah-olah meletakkan KPI bagi mempengaruhi lebih ramai ahli PAS supaya menyertai parti serpihan berkenaan.

“Kita tengok kenyataannya seperti syok sendiri. PAS Kedah menyarankan agar KPI Naib Presiden PAN itu disimpan sahaja daripada membuang masa bercakap tanpa fakta,” katanya di sini.

Malah beliau juga berkata, PAS sekarang dalam proses pemutihan keahlian. – HARAKAHDAILY 8/11/2018