PAS jangan jadi Kulup Besar!

SEKUMPULAN pelarian PAS yang berkampung di bawah bendera Pakatan Harapan berperanan sebagai Kulup Kecil bagi menjadikan PAS tegar sebagai Kulup Besar.

Advertisement

Kulup Kecil ini memasang perangkap samar jika boleh seramai-ramai ahli dan penyokong PAS terutama mereka yang berpuluh tahun dalam PAS ikut mereka tinggalkan PAS.

Dikatakan ramai orang lama PAS sudah bosan dengan PAS yang mahu bertaawun dengan Umno yang sudah hilang kuasa itu hendak ikut Kulup-Kulup Kecil itu. Tetapi mereka masih berhalang, belum berani meninggalkannya.

Apa yang menyebabkan mereka teragak-agak hendak mengikut si Kulup Kecil itu?

Mungkin meraka macam jurucakap Kulup Kecil. Yang kata orang lama PAS hendak keluar tapi belum keluar mengambil masa lama meninggalkan PAS. Semuanya sudah tinggalkan parti dan beramai-ramai tubuh parti sendiri, sudah pergi merata menemankan Dr Mahathir berceramah bagi memenangkan Pakatan Harapan.

Dia cuti dari PAS. Dia ikut majlis-majlis PH, tetapi tak masuk-masuk PH dan bukan kerabat PH. Tidak tahu apa yang ditunggu?

Dekat dengan PRU dan PH mula menyedia calon di sana-sini, baru anak beranak tinggalkan PAS dan menjadi orang penting di kalangan Kulup Kecil.

Adakah orang lama PAS yang menunggu untuk keluar PAS ikut macam itu. Hendak tengok apa hendak jadi?

Tempoh keluar beramai-ramai macam sudah berakhir. Ada lagikah yang hendak keluar dan mahu masuk Pakatan pimpinan Dr Mahathir?

PAS sedih ahli-ahlinya tinggalkan parti. Tetapi PAS tidak dapat buat apa kalau ahlinya hendak keluar parti. Ia tidak kuasa untuk apa-apakan orang yang hendak keluar. Mereka lari dengan kerusi-kerusi. PAS tidak dapat buat apa.

Seboleh-bolehnya semuanya mesti istiqamah. Tetapi istiqamah itu bukan kerja dan kuasa PAS. Ia kerja Allah. Allah berkuasa mengekalkan seseorang dalam PAS dan berkuasa mengeluarkannya dari PAS sekalipun pernah jadi Presiden dan Timbalan Presiden.

Dan PAS tidak dapat buat apa terhadap sesiapa datang jumpa dan pujuk ahli supaya tinggalkan PAS. Jika ada yan datang culik ahlinya supaya masuk kumpulan Kulup Kecil, buatlah. Pernah semua Adun PAS Kelantan zaman Datuk Asri diculik Umno supaya lompat parti dan gulingkan kerajaan. PAS tunggu mereka balik. Mereka dilepaskan ketika Dun bersidang. Sedondong mereka duduk di kerusi PAS.

Biarlah apa si Kulup Kecil hendak kata. Orang PAS jangan melompat seperti Kulup Besar tenang apa yang Kulup Kecil kata. Orang PAS jangan jadi macam Kulup Kecil dan jangan jadi macam Kulup Besar. Bebaskan diri daripada dunia kulup.

Siapa hnedak jadi kulup jadilah Kuluplah kerana gerak hati sendiri. Tetapi jangan jadi makhluk halus, perdaya orang masuk kumpulan kulup.

Duduk dalam PAS payah dapat projek. Payah jadi Datuk. Apa lagilah jadi menteri. Sejak orang PAS masuk kumpulan kulup, yang tak pernah fikir jadi menteri, dapat jadi menteri. Jadi Datuk pun ramai. Ada keputeraan baru selepas BN tumbang, ada saja oang keluar PAS jadi Datuk.

Yang dilucut Datuk pun jadi Datuk semula. Tunggu dalam PAS tak merasalah semua itu. Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Hashim Jasin tak perlu ikut mana Kulup beroleh anugerah dari Paduka Raja. – HARAKAHDAILY 10/11/2018