Halang pembelian hartanah warga asing

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kemaman-PAS, Che Alias Hamid minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin menjelaskan kaedah yang digunakan kerajaan bagi mengekang pembelian hartanah oleh warganegara asing di Malaysia selain penetapan nilai ambang yang dikuatkuasakan 2009.

Advertisement

Beliau turut mempersoalkan rasional kerajaan hari ini melaksanakan Program Malaysia My Second Home (MM2H) yang mana jika dilihat seolah-olah memberi kelebihan kepada warga asing.

“Sedangkan kalau kita lihat, berapa ramai rakyat kita yang tidak punya rumah dan harta,” katanya dalam soalan tambahan kepada KPKT di Dewan Rakyat.

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin memaklumkan bahawa kerajaan telah memperkenalkan penempatan baru pada Mac 2014 yang menaikkan peratus kadar duti stem.

Bagi program MM2H, beliau menjelaskan program tersebut memerlukan syarat yang ketat bagi warganegara asing dan ia disediakan kepada warganegara asing yang datang atas tujuan perubatan serta mempunyai anak-anak yang belajar di Malaysia.