KUIZM buka ambilan Diploma Sesi Jan’19

GOMBAK: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar akan mengadakan pengambilan pelajar bagi pengajian sesi Januari 2019.

Advertisement

Peluang tersebut terbuka kepada seluruh pelajar lepasan SPM, SMA, SMU, 4 Thanawi, lepasan tahfiz dan pondok untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma.

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) itu juga turut menawarkan Kursus Persediaan Ke IPT Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bagi sesiapa yang berminat.

Antara program pengajian yang ditawarkan KUIZM adalah Diploma Muamalat dan Kewangan Islam, Diploma Dakwah dan Komunikasi serta kursus-kursus bahasa.

Pelajar-pelajar yang berminat boleh memohon secara atas talian atau mendapatkan borang permohonan di Pejabat Pendaftar KUIZM yang dibuka setiap hari bekerja.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian ‘hotline’ KUIZM di nombor 010-3565616 di mana tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Januari 2019.HARAKAHDAILY 12/11/2018 

IMG 20181112 WA0010