Penduduk Peribumi Sarawak harus tolak ICERD

KONVENSYEN Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi kaum adalah Konvensyen PBB.

Advertisement

Instrumen hak asasi manusia generasi ketiga, Konvensyen itu mengikat anggotanya kepada penghapusan diskriminasi kaum dan memupuk persefahaman di kalangan semua kaum.

Menurut ICERD, negara yang meratifikasinya harus menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum termasuk undang-undang yang berkaitan.

Takrif dan skop ICERD bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberikan kedudukan khas kepada orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa kes yang bertentangan dengan skop ICERD

Penduduk Sarawak khususnya kaum Dayak, Melayu dan lain-lain suku kaum Bumiputera Sarawak hendaklah bersatu mempertahankan hak mereka dari dihapuskan sekiranya mereka setuju menerima ICERD.

ICERD akan melenyapkan hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera Sarawak dan mereka akan terus ketinggalan sekiranya mereka menerima ICERD.

PAS menggesa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sarawak khususnya, menolak ICERD daripada diterima pakai di negara ini kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta hak istimewa peribumi juga akan terjejas.

ICERD tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia di mana rakyat berbilang kaum dan agama telah hidup dalam keharmonian dan saling menghormati antara satu sama lain sejak dahulu lagi.

ICERD mempunyai kesan buruk terhadap orang asal yang masih ketinggalan dari segi ekonomi, pemilikan tanah dan keistimewaan yang telah lama digubal dalam Perlembagaan. Jadi rakyat Malaysia, terutama kaum peribumi sepatutnya menolak ICERD daripada dilaksanakan di Malaysia.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 14/11/2018