Teroka sumber baharu untuk dapat hasil

KUALA LUMPUR: Negara masih bergantung kepada hasil cukai langsung dan tidak langsung serta hasil petroleum sebagai sumber pendapatan negara.

Advertisement

Justeru, sudah masanya Kerajaan meneroka sumber baharu bagi mendapatkan hasil.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mencadangkan perkara itu ketika membahaskan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, semalam.

khairuddinattakiri“Malangnya pada hari ini, banyak sekali cukai yang dikecualikan ke atas golongan kaya sebaliknya orang-orang miskin pula membanyar pelbagai cukai melibatkan barangan keperluan asas mereka.

“Contoh cukai yang berasaskan model zakat yang boleh diperkenalkan antaranya adalah cukai atas simpanan korporat dan cukai atas pegangan dan keuntungan saham yang diambil daripada lebihan kekayaan seseorang untuk dikongsi bersama dengan golongan yang lebih memerlukan.

“Kerajaan diharapkan dapat memberikan maklum balas terhadap cadangan cukai baharu ini.

“Selain itu juga, cukai juga boleh diperkenalkan seperti zakat sumber galian ke atas emas dan perak termasuk petroleum, zakat pertanian dan zakat ternakan,” ujar beliau.

Khairuddin turut menyatakan, konsep dan model mudharabah, musharakah, wakaf dan sukuk al-ijarah yang membabitkan penglibatan rakyat dalam pembangunan negara juga mesti diperluaskan aplikasinya bagi mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan dan pinjaman daripada institusi kewangan.

Tambahnya, kerajaan berkewajipan mengguna pakai petunjuk Allah mengenai pengurusan ekonomi ini dan tidak bergantung semata-mata kepada kemampuan akal sendiri yang sudah pasti mempunyai kelemahan tertentu.

Kaji semula definisi miskin

Katanya, pada 2017 gaji median Malaysia meningkat sebanyak 8% kepada RM2,160 daripada RM2,000 pada 2016, hakikatnya pertumbuhan gaji sebenar adalah hanya 4.2% sahaja.

Ia disebabkan oleh kesan inflasi. Tidak hairanlah jika purata kadar kenaikan gaji pada 2017 juga menurun kepada 5%.

Tambahnya, dengan unjuran kadar inflasi semakin meningkat sehingga berakhir tahun ini, kadar pertumbuhan gaji pada 2018 dijangka sekali lagi mengalami penyusutan.

“Persolannya, bagaimana Kerajaan menghadapai inflasi ini dalam pada masa sama melaksanakan SST bagi menggantikan GST? Sebenarnya, cukai-cukai kepengunaan inilah yang menyebabkan kadar inflasi terus berkembang.

“Kerajaan diminta agar mengkaji semula definisi miskin dan miskin tegar yang digunakan pada masa ini supaya kayu ukur baharu itu dapat menggambarkan dengan lebih realistik keadaan sebenar kemiskinan di negara ini.

“Ini kerana takrif kemiskinan yang diguna pakai pada hari ini terlalu kecil skopnya hanya melibatkan perkara berkaitan makanan dan perkhidmatan asas tertentu sahaja,” tegas Khairuddin.

Beliau beranggapan, kesilapan dalam memberikan definisi yang betul mengenai kemiskinan ini telah memangsakan ramai orang miskin kerana terkeluar daripada senarai mereka yang layak menerima bantuan.

Katanya, takrif menurut Islam termasuklah membezakan di antara miskin dan fakir sewajarnya dijadikan panduan.

Maka bagi menentukan PGK pula, lima item keperluan asas wajib diperkirakan iaitu makanan, kediaman, pakaian, pengangkutan dan pendidikan.

“Kerajaan digesa supaya meneruskan dan meningkatkan elaun sara hidup nelayan kepada RM300 hingga RM500 sebulan dan menambah bantuan musim tengkujuh.

“Kerajaan juga diminta menambah subsidi padi dan menaikkan elaun untuk pesawah; menetapkan harga lantai bagi getah pada paras RM4.00 dan menaikkan paras harga getah untuk layak menerima Intensif Pengeluaran Getah (IPG).

“Malangnya, apabila Bajet 2019 tidak langsung menyentuh mengenai pendapatan para petani, peladang dan nelayan ini.

“Sedangkan golongan ini terhimpit dengan masalah hasil, perubahan cuaca dan harga pasaran sehingga menjejaskan pendapatan mereka yang sudah sedia rendah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/11/2018