Gelombang awal rakyat tolak ICERD

KOTA BHARU: Gelombang rakyat menolak usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) berlaku di seluruh negara.

Advertisement

Di sini kira-kira 5,000 umat Islam berhimpun di Dataran Muhammadi sebaik selesai solat Jumaat di Masjid Muhammadi hari ini.

Hadir sama bagi meluahkan bantahan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin PAS Kelantan, Umno dan pelbagai NGO termasuk ISMA, Cakna Palestin, Gamis dan Pekida.

Ustaz Tuan Ibrahim berkata, himpunan itu turut disertai Umno bersama tujuh lagi NGO sebagai satu permulaan kepada perhimpunan lebih besar.

Menurutnya, langkah itu akan dilakukan sekiranya kerajaan PH terus berdolak-dalik bagi menyatakan pendirian terhadap pelaksanaan konvensyen berkenaan.

“Dalam kes ini kita desak kerajaan mesti tegas menyatakan pendirian, kita tidak mahu pelbagai alasan dikemukakan. Rakyat mahu kerajaan tolak ICERD,” katanya berucap pada himpunan tersebut. – HARAKAHDAILY 16/11/2018