Sokongan kepada Sultan Selangor

MUSLIMAT PAS merafak sembah menyokong titah DYMM Sultan Selangor agar setiap papan tanda jalan di tulis dalam Bahasa Kebangsaan, sebagaimana termaktub dalam peruntukan Perlembagaan.

Advertisement

Hal ini selari dengan undang-undang kecil PBT yang mengutamakan penggunaan Bahasa Kebangsaan pada papan tanda jalan.

Peraturan ini akan membawa kepada semangat dan jati diri bagi memupuk perpaduan nasional.

Biarpun Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum, namun peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sama sekali tidak boleh dipermainkan.

Muslimat PAS konsisten menyokong segala perkara yang melibatkan perihal Islam dan Melayu demi memelihara keluhuran Perlembagaan.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH 
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 20/11/2018