Keningau dan Tenom rai Hari Anugerah PASTI

KENINGAU: PASTI Kawasan Keningau dan Tenom mencatat sejarah apabila mengadakan keraian bersama Hari Anugerah Kecemerlangan yang dilangsungkan di sini semalam.

Advertisement

Seramai 74 graduan daripada lima PASTI mewakili dua kawasan itu berjaya menamatkan pengajian mereka dan menerima sijil masing-masing disampaikan Setiausaha PAS Negeri Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.

Dalam ucapannya, Dr Aliakbar menyeru para ibu bapa untuk terus memainkan peranan dalam pendidikan anak-anak dengan menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka.

Pengerusi PASTI Keningau/Tenom, Ustaz Shahid Yusof pula berkongsi kehebatan PASTI yang telah melahirkan ramai pelajar berjaya termasuk menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Majlis turut dihadiri Yang DiPertua PAS Keningau, Abd Hisham Othman itu telah diserikan juga dengan pelbagai persembahan pelajar antaranya nasyid, kalam jamaie, khutbah dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 21/11/2018