Pelaburan KRKB dijangka cecah RM30 juta

KOTA BHARU: Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) dijangka mencapai jumlah pelaburan mencecah RN30 juta bagi tempoh lima tahun akan datang.

Advertisement

Pengerusi KRKB, Mohd Sabri Abdullah berkata, sehingga sekarang KRK mampu meraih nilai pelaburan sebanyak RM10.7 juta hasil pelaburan seramai 1,447 ahli.

“Kita memberi jaminan keselamatan pelaburan dengan adanya elemen kerajaan negeri dalam KRKB, selepas pelbagai skim yang ditawar menjadikan kita sebagai alternatif pelaburan selamat.

“KRKB semakin berkembang setiap tahun, pelaburan ini akan dilaburkan di empat cawangan KRKB di Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu termasuk Losong Terengganu baru operasi empat bulan lalu,” katanya pada sidang media di sini pagi tadi.

KRK akan mengadakan Mesyuarat Tahunan KRK kali ke-7 pada 24 November ini di Hotel Ansar.

Mohd Sabri juga berkata, tahun ini koperasi itu dijangka mengumumkan dividen antara 8 hingga 10 peratus bergantung kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). – HARAKAHDAILY 21/11/2018