Santuni keluarga Almarhumah Cikgu Juriah

SANDAKAN: Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah mengadakan ziarah mengunjungi keluarga Guru PASTI, Almarhumah Juriah Salamun di Kampung Lalasun, Batu 12, di sini semalam.

Advertisement

Kunjungan bersama PAS Kawasan Sandakan itu bagi merakam ingatan takziah dan menzahirkan simpati kepada mereka atas kehilangan ahli keluarga tersayang.

Rombongan telah disambut ibu dan suami Almarhumah, Juwita Esmail dan Rahmat Rabi yang terharu, namun tetap berkongsi kisah Juriah sepanjang menempuh sakitnya.

Pun begitu, keluarga tersebut nyata menerima ketentuan Ilahi meredai pemergian Almarhumah yang menghembus nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 15 November baru-baru ini.

Sempena ziarah itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Sabah, Nur Izzati Yusof juga menyampaikan sumbangan Muslimat kepada keluarga itu.

Hadir sama dan memberi semangat kepada keluarga tersebut adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dan Pengerusi PASTI Sandakan, Harryanto Ladati. – HARAKAHDAILY 21/11/2018  

IMG 20181121 WA0038

IMG 20181121 WA0037