Tingkat perkhidmatan telco

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS Pendang, Awang Solahudin Hashim, meminta penjelasan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengenai langkah perancangan bagi perkhidmatan telco berkenaan data mudah alih terutama kawasan luar bandar.

Advertisement

Katanya, perkara tersebut perlu agar dapat memberi kemudahan buat semua masyarakat dan bukan setakat bandar sahaja.

“Masalah ini bukan hanya di Sabah dan Sarawak malah masalah perkhidmatan data mudah alih turut berlaku di Semenanjung Malaysia,” ujarnya ketika mencelah penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 oleh Gobind bagi Kementerian Komunikasi Dan Multimedia di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut mempersoalkan, mengenai perbincangan bersama operator Telco yang telah dijalankan bagi mengurangkan kos yang dikenakan terhadap pengguna. – HARAKAHDAILY 21/11/2018