ICERD: PAS tetap bantah walau tanpa Umno

KANGAR: Tanpa Umno sekalipun PAS tetap membantah usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Advertisement

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS tetap akan memperjuangkan isu tersebut dari diratifikasikan kerajaan PH.

“Jika tanpa Umno sekali pun kita tetap akan lawan. Kita menentang isu ini bukan kerana Umno. Dengan Umno pun kita pernah lawan, inikan pula dengan PH,” katanya ketika ditemui di Liqa’ Fikri PAS Perlis di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) semalam.

Menurutnya juga individu yang lantang memberi pandangan mengenai bahayanya ICERD merupakan golongan profesional yang tidak mewakili mana-mana parti, antaranya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohammad. – HARAKAHDAILY 22/11/2018