ICERD: Tiada kenyataan, rakyat bimbang

KOTA BHARU: PAS tetap akan meneruskan perhimpunan bagi membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini.

Advertisement

Naib Presidennya, Dato Mohd Amar Abdullah berkata, selagi kerajaan tidak mengeluarkan kenyataan hitam putih berhubung ICERD perhimpunan tetap akan diadakan.

Katanya, setakat ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyatakan pendirian tegas berhubung perkara itu.

“Selagi tidak ada kenyataan daripada kerajaan, rakyat ada kebimbangan. Kerana itu himpunan tersebut perlu diadakan sebagai isyarat kepada kerajaan PH rakyat menolak ICERD,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, semalam. – HARAKAHDAILY 22/11/2018