Arahan hadir Himpunan Rakyat Tolak ICERD

icerd

KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS untuk hadir ke Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD yang akan diadakan pada 8 Disember ini bermula jam 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang di Dataran Merdeka.

Advertisement

Arahan itu terkandung di dalam surat daripada Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan kepada Setiausaha Perhubungan PAS negeri-negeri, dewan-dewan dan PAS kawasan, sebagaimana di bawah.

ARAHAN / KERAHAN KEHADIRAN – “HIMPUNAN PERDANA RAKYAT TOLAK ICERD ” [08 DISEMBER 2018 @ SABTU]

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dengan ini PAS PUSAT mengarah dan mengerah seluruh Ahli-ahli dan Penyokong PAS untuk hadir ke Program “HIMPUNAN PERDANA RAKYAT TOLAK ICERD” yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh 08 DISEMBER 2018 (SABTU)
Masa 01.00 tengahari hingga 06.00 Petang
Tempat DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR.

Penganjur Utama
1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

2. Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT)

Objektif Himpunan

1. Bantahan terhadap sebarang rancangan meratifikasi ICERD dan apa-apa Konvensyen Hak Asasi lain yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan negara
2. Bantahan kepada sebarang Ancaman terhadap kedudukan Agama Islam, Institusi Raja-raja, Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu sebagaimana yang dijamin Perlembagaan
Aturcara (Sebagaimana diatur oleh Sekretariat)

Penyertaan Khas

1) YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS
2) YB. Dato’ Seri Presiden UMNO
3) Pimpinan-pimpinan NGO Utama
4) Pimpinan masyarakat pelbagai kaum

Tempat Berhimpun Sebelum PraHimpunan
1) Masjid Negara
2) Masjid Jamek, Kampong Baru, KL
3) Masjid IPD Dang Wangi
4) SOGO

3. Justeru itu semua Pimpinan dan Ahli-ahli PAS NEGERI/WP, KAWASAN, CAWANGAN DAN DEWAN-DEWAN (Semua Peringkat) diarahkan untuk turun beramai-ramai bagi menghadiri HIMPUNAN tersebut di samping menyeru, mengajak dan membawa SEMAKSIMA MUNGKIN para Penyokong PAS ke Program ini sebagai menzahirkan semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu berkenaan.

4. Sila dengan SEGERA edarkan ARAHAN ini ke semua peringkat Parti di bawah Pentadbiran Saudara/i bagi menjayakan HIMPUNAN penting ini. Kerjasama serta tindakan segera pihak Saudara/i amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiraa.

Wassalam.

“ISLAM MEMIMPIN”

Akhukum fil Islam,

Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, JP.
Setiausaha Agung PAS

icerd