Deklarasi Setapak 1967 jadi pengajaran

RANTAU PANJANG: Orang Melayu perlu ingat kepada sejarah 1967, di mana DAP pernah mencadangkan supaya Deklarasi Setapak diterima kerajaan.

Advertisement

Jurucakap Umno Rantau Panjang berkata, tujuan deklarasi itu bagi menidakkan kuasa Raja dan hak keistimewaan orang Melayu.

Katanya kemuncak kepada deklarasi itu membawa kepada rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969, yang menjadi sejarah hitam di negara ini.

“Adakah ini merupakan percubaan kali kedua yang menjurus kepada peristiwa berdarah itu serta pemusuhan antara kaum di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.

“Sebab itulah kita semua tanpa mengira fahaman politik berhimpun membantah impian meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD),” katanya himpunan membantah ICERD di Masjid Beijing di sini hari ini.

Turut hadir ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff; Adun Gual Periok, Dato’ Muhammad Awang dan pemimpin Umno Rantau Panjang.

Wakil NGO yang hadir termasuk Misi Kembara Dakwah, Ikatan Mahasiswa Rabtau Panjang dan Pekida.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Ibrahim pula berkata, bantahan terhadap ICERD dilakukan sehingga kerajaan benar-benar menolak ratifikasi itu. – HARAKAHDAILY 23/11/2018