SAYA berulangkali dengar Sidang Media Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia YB Kula Segaran berhubung isu panas Kuil Sri Mariamman.
Ianya adalah munasabah jika ia akan dibawa ke perbincangan ke Kabinet dan Perdana Menteri untuk mencari jalan penyelesaian seperti apa disebut oleh Waytha Moorthy setelah isu ini menimbulkan ketegangan dalam negara. Keprihatinan YAB Perdana Menteri meminta ditangguhkan pemindahan sehingga mencapai penyelesaian penuh adalah baik dan memberi kelegaan.
Sehingga ia dibincang dan dirumuskan oleh Kabinet dan Perdana Menteri, lebih baik Menteri berkenaan mengelak dari membuat kesimpulan awal hasil perbincangan Kabinet yang belum berlangsung kerana isu ini kompleks melibatkan banyak pihak.
Yang saya ingin dapatkan kepastian adalah kenyataan selanjutnya berikut adakah ia pandangan Perdana Menteri atau kenyataan peribadi Waytha sendiri?
“Saya juga akan berbincang dengan Yang Berbahagia Peguam Negara (Tommy Thomas), untuk mencari penyelesaian yang termudah supaya kuil ini dapat dikekalkan di sini” – HARAKAHDAILY 28/11/2018