Tanpa media industri pelancongan terbantut

JOHOR BAHRU: Tanpa sokongan media industri pelancongan di negara ini tidak mampu melangkah lebih jauh.

Advertisement

Presiden Malaysian Inbound Tourism Association (Mita) Uzaidi Udanis berkata, media perlu turut memainkan peranan untuk mempromosikan produk pelancongan di negara ini.

“Peranan media begitu penting selain produk tempatan, strategi dan promosi intensif kepada pelancong perlu diambil kira bagi memajukan industri tersebut,” katanya pada Bengkel Koridor Pelancongan Pantai Timur di sebuah hotel, di sini semalam.

Seramai 80 peserta pelbagai agensi pelancongan termasuk pamandu pelancong dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menyertai program itu yang berlangsung 2 hingga 4 Disember.

Uzaidi juga berkata, pemain industri pelancongan perlu lebih proaktif untuk menarik pelancong dari Singapura, China, Timur Tengah dan Eropah. – HARAKAHDAILY 3/12/2018