Berhujanlah sebelum menempuh salji

MUSIM tengkujuh ini komitmen kehadiran ke program agak mencabar. Semalam kuliah yang biasanya dihadiri sekitar 30 orang, rasanya lebih kurang 10 orang sahaja hadir.

Advertisement

Anggaplah hujan sebagai latihan kepada kita menghadapi saat yang lebih mencabar; salji.

Kenapa salji? Kerana Nabi S.A.W pernah bersabda, sekiranya kamu sempat dengan kedatangan al-Mahdi, maka wajiblah kamu berbaiah dengannya walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Ulamak berpandangan di saat al-Mahdi dibaiah di Makkah, Tanah Arab ketika itu bakal dilanda salji akibat perubahan iklim dunia.

Meredah salji berlipat kali ganda lebih sukar dari hujan. Kenderaan masih mampu bergerak dalam hujan, tapi salji tidak. Belum pernah dengar orang mati akibat hujan, tapi kerana salji ramai. Maka cubalah biasakan diri dengan rintangan hujan, serta kehidupan survival dan minimalist, agar bila tiba saat getir, kita mampu bertahan. Jangan terlalu bermanja dengan kemudahan dunia. Bimbang ia merajai hati.

Yang penting, jati diri mesti kental dan waja. Dirikan Islam pada diri, kuatkan dengan Tarbiah Aqliah, Ruhiyyah dan Jasadiyyah. Fahami Islam secara asli, hindari sifat wahan, hiasi dengan zuhud, kuatkan stamina dan bina tenaga. InsyaAllah kita mampu survive untuk cabaran akhir zaman.

Nak jadi tentera al-Mahdi? Bersiaplah dari sekarang.

(ALANG IBN SHUKRIMUN) – HARAKAHDAILY 5/12/2018