Tuntutan di UPR Majlis Hak Asasi PBB

BARU selesai membaca Laporan Ke-3 Kajian Berkala Sejagat (UPR) yang diterbitkan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan tuntutan 52 NGO dan Badan Hak Asasi dari dalam dan luar Negara terhadap Malaysia dalam isu Hak Asasi Manusia di Negara ini. Terdapat 115 tuntutan kesemuanya dan saya ingin senaraikan beberapa tuntutan itu agar umat Islam khususnya dapat menilai kewajaran kesemua tuntutan itu dalam konteks masyarakat di Negara ini. Antaranya ialah:

Advertisement

1.     SUHAKAM mahu Malaysia menyokong Konvensyen ICCPR, ICESCR, ICERD, CAT, ICRMW, ICPPED termasuk menyokong protokol pilihan dan menarik balik reservasi terhadap CEDAW dan CRPD. SUHAKAM juga mahu Malaysia melaksanakan cadangan Jawatankuasa CRC dan Jawatankuasa CEDAW termasuk menyerahkan laporan berkala dengan segera kepada Jawatankuasa CRC dan CRPD.

2.     SUHAKAM mengesyorkan bahawa laporan tahunannya dibahaskan di Parlimen, dan Parlimen dapat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) tetap mengenai hak asasi manusia.

3.     SUHAKAM mencadangkan agar Malaysia dapat melaksanakan syor-syor Pelapor Khas yang telah melawat Malaysia serta melanjutkan jemputan untuk semua prosedur khas.

4.     SUHAKAM mencadangkan Malaysia untuk mengamalkan dasar yang melarang diskriminasi dan keganasan berdasarkan alasan orientasi seksual dan identiti jantina.

5.     SUHAKAM mencadangkan Malaysia untuk membangunkan petunjuk kebangsaan bagi SDG (Sustainable Development Goals) berdasarkan prinsip dan piawaian hak asasi manusia. Sila rujuk kedudukan Malaysia dari sudut SDG oleh Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

6.     SUHAKAM mahu Malaysia melaksanakan moratorium terhadap hukuman mati. Cadangan yang sama dari Human Rights Watch (Switzerland) dan JS6. JS6 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN), Ensemble contre la peine de mort (ECPM), The Advocates for Human Rights, Harm Reduction International (HRI), The World Coalition Against the Death Penalty (WCADP), Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Civil Rights Committee (KLSCAHC/Malaysia); Malaysians Against the Death Penalty (MADPET).

7.     SUHAKAM mencadangkan Malaysia untuk menyemak semula semua undang-undang yang berkaitan agar Kerajaan dapat menetapkan umur minimum bagi perkahwinan untuk semua lelaki dan perempuan pada usia 18 tahun.

8.     Beberapa organisasi lain mahu Malaysia meratifikasikan ICCPR, ICESCR, ICERD, ICMRW, CRC, CAT, OP-CAT, ICCPED, Konvensyen Orang Asli dan Tribal ILO 1989 (No. 169), Konvensyen Pekerja Domestik ILO 2011 (No.189), Konvensyen Berkaitan dengan Status Orang Tanpa Warga, Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 yang Berkaitan dengan Status Pelarian.

9.     Beberapa organisasi mencadangkan Malaysia untuk menarik balik reservasi terhadap CRC, CEDAW dan CRPD.

10.     JS3 dan JS12 mencadangkan Malaysia melaksanakan sepenuhnya cadangan Konvensyen CEDAW. JS3 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari C4 Center, Diversity, Empower, ENGAGE, Freedom Film Network, Justice for Sisters, KOMAS, Malaysian Atheists and Secular Humanists, Pelangi, Projek Dialog, Seksualiti Merdeka, Sinar Project, Sisters in Islam dan SUARAM manakala JS12 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), All Women’s Action Society (AWAM), Association of Women Lawyers (AWL), Asylum Access Malaysia, Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center), Centre for Independent Journalism (CIJ), Challenger, Community Action Network (CAN), Foreign Spouses Support Group (FSSG), Gerakan Pembebasan Wanita (GPW), Good Shepherd Welfare Centre, HAKAM, Imagined Malaysia, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Justice For Sisters, KLSCAH Civil Rights Committee, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Komuniti Muslim Universal (KMU), Lariche Community, Lawyers For Liberty, Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Malaysian Atheists & Secular Humanists (MASH), Malaysian Physicians for Social Responsibility, Migration Working Group (MWG), North-South Initiative (NSI), OKU Bangkit, PANGGAU, Pelangi Campaign, People Like Us Hang Out! (PLUHO), People’s Service Organisation (PSO), Perak Women for Women Society, Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED), Projek Dialog, Pusat KOMAS, Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO), Sarawak Women for Women, Seksualiti Merdeka, Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS), Sisters in Islam (SIS), Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM), Tenaganita, The Malaysian Feminist, Talisman Project, Tindak Malaysia, Universiti Kaki Lima (Sidewalk University), Women’s Aid Organisation (WAO), Women’s Centre for Change, Penang (WCC), dan Yayasan Chow Kit.

11.     Human Rights Watch (HRW) mencadangkan Malaysia untuk meratifikasi ‘Rome Statute’ Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

12.     JS12 mencadangkan Malaysia untuk melantik SUHAKAM sebagai institusi penyelarasan, pemantauan dan penilaian untuk NHRAP (Plan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan yang disediakan oleh Kerajaan), dan menyediakan sumber untuk berbuat demikian.

13.     JS12 mencadangkan Malaysia untuk membuat undang-undang anti diskriminasi yang komprehensif

14.     Jubilee menggesa Kerajaan Malaysia untuk meminda Akta Pendaftaran Negara untuk menghapuskan sebutan agama dari kad pengenalan. Jubilee adalah sebuah badan organisasi dari Amerika Syarikat. 

15.     JS18 mencadangkan Malaysia untuk memansuhkan undang-undang yang menjejaskan hubungan seksual antara orang dewasa, termasuk Kod Penalti 377B, dan memansuhkan undang-undang yang menghukum Transgender berdasarkan ungkapan jantina dan identiti jantina. JS18 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Justice for Sisters, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Transmen of Malaysia, Seksualiti Merdeka, Pelangi Campaign, dan Center for Independent Journalism (CIJ).

16.     JS4 mengesyorkan Malaysia untuk memasukkan keputusan UPR ketiga ke dalam pelan tindakan hak asasi kebangsaan (NHRAP) untuk promosi dan perlindungan semua hak asasi manusia, dengan mengambil kira cadangan masyarakat sivil. JS4 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari World Alliance for Citizen Participation dan Pusat Komas.

17.     JS7 menyatakan bahawa golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) menghadapi beberapa ancaman, pengawasan dan keganasan yang paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini. JS7 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Challenger Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Justice for Sisters Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Pelangi Campaign Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO), Sisters in Islam (SIS), Women’s Centre for Change (WCC), dan Yayasan Chow Kit (YCK).

18.     JS18 menyatakan bahawa kita gagal memahami sebab-sebab utama dan struktur diskriminasi terhadap golongan Transgender, dan mencadangkan Malaysia untuk melibatkan golongan hak asasi manusia LGBTI dalam menangani diskriminasi dan keganasan terhadap LGBTI. JS18 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Justice for Sisters, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Transmen of Malaysia, Seksualiti Merdeka, Pelangi Campaign, and Center for Independent Journalism (CIJ).

19.     JS7 melaporkan bahawa jabatan-jabatan Islam negeri telah memperkenalkan sekurang-kurangnya dua aplikasi mudah alih – “Hotline JAIS”, melaporkan kesalahan syariah; dan “Hijrah Diri – homoseksual”, yang bertujuan untuk LGBT yang ingin menukar orientasi seksual dan atau identiti jantina mereka. JS7 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Challenger Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Justice for Sisters Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Pelangi Campaign Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO), Sisters in Islam (SIS), Women’s Centre for Change (WCC), dan Yayasan Chow Kit (YCK).

20.     International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) mencadangkan Malaysia untuk menguatkan Akta 265 yang sedia ada, Akta Hubungan Perindustrian 1967, dan Bahagian VI Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dengan menyediakan lebih banyak perlindungan terhadap diskriminasi berdasarkan jantina.

21.     Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Islam Malaysia (I-Medik) berkata bahawa komuniti LGBT melaporkan bahawa mereka telah didiskriminasi oleh segmen komuniti tertentu dan mencadangkan agar Malaysia menyediakan latihan sensitiviti jantina serta latihan hak asasi kepada pihak berkuasa agama.

22.     Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) and JS12 mencadangkan agar hukuman sebat dihapuskan. JS12 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), All Women’s Action Society (AWAM), Association of Women Lawyers (AWL), Asylum Access Malaysia, Center to Combat Corruption & Cronyism (C4 Center), Centre for Independent Journalism (CIJ), Challenger, Community Action Network (CAN), Foreign Spouses Support Group (FSSG), Gerakan Pembebasan Wanita (GPW), Good Shepherd Welfare Centre, HAKAM, Imagined Malaysia, Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Justice For Sisters, KLSCAH Civil Rights Committee, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Komuniti Muslim Universal (KMU), Lariche Community, Lawyers For Liberty, Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Malaysian Atheists & Secular Humanists (MASH), Malaysian Physicians for Social Responsibility, Migration Working Group (MWG), North-South Initiative (NSI), OKU Bangkit, PANGGAU, Pelangi Campaign, People Like Us Hang Out! (PLUHO), People’s Service Organisation (PSO), Perak Women for Women Society, Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED), Projek Dialog, Pusat KOMAS, Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO), Sarawak Women for Women, Seksualiti Merdeka, Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS), Sisters in Islam (SIS), Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM), Tenaganita, The Malaysian Feminist, Talisman Project, Tindak Malaysia, Universiti Kaki Lima (Sidewalk University), Women’s Aid Organisation (WAO), Women’s Centre for Change, Penang (WCC), dan Yayasan Chow Kit.

23.     BCM (Majlis Peguam) dan JS12 bimbang dengan enakmen Syariah peringkat negeri dalam isu penukaran unilateral anak-anak oleh ibu bapa mereka.

24.     Jubilee mendesak agar diwujudkan peruntukan di bawah Perlembagaan dan Enakmen Syariah bahawa Mahkamah Syariah adalah Mahkamah Rendah yang hanya mempunyai bidang kuasa dalam urusan peribadi umat Islam sahaja dan tidak berkuasa jika salah satu pihak yang terlibat adalah bukan Islam.

25.     Religious Freedom in Malaysia (RFL) menyatakan bahawa bidang kuasa yang tidak jelas di Mahkamah Syariah mencipta masalah praktikal bagi mana-mana Muslim untuk meninggalkan agama Islam.

26.     JS3 melaporkan bahawa tahap toleransi pendapat minoriti dan sudut pandangan yang berbeza juga telah merosot. Individu dari kumpulan tertentu dipinggirkan, termasuk Syiah dan minoriti agama lain, LGBT, pembela hak asasi manusia (HRD), wanita, wartawan dan artis telah menerima impak dari perkembangan ini. JS3 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari C4 Center, Diversity, Empower, ENGAGE, Freedom Film Network, Justice for Sisters, KOMAS, Malaysian Atheists and Secular Humanists, Pelangi, Projek Dialog, Seksualiti Merdeka, Sinar Project, Sisters in Islam dan SUARAM.

27.     ADF International, Geneva (Switzerland) dan World Evangelical Alliance (The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland) bimbang tentang penolakan hak-hak keagamaan dan ekspresif individu, dan tindakan keganasan terhadap minoriti agama, terutama orang-orang Kristian.

28.     JS16 berkata, mereka menyaksikan piawaian yang berbeza antara orang Islam dan bukan Muslim dan prihatin terhadap peningkatan fundamentalisme dan ekstremisme Islam. JS16 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Association of Women Lawyers (AWL), Komuniti Muslim Universal (KMU), Projek Dialog, and Sisters in Islam (SIS).

29.     Shia Rights Watch (SRW) menyatakan bahawa golongan Syiah telah diklasifikasikan sebagai menyimpang dan seringkali aktiviti peribadi mereka diserbu oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Islam. Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan Islam (ACCIN) menyatakan bahawa ‘Muslim Revert’ hadapi diskriminasi di tempat kerja.

30.     EMPOWER mencadangkan agar Malaysia dapat anjurkan sesi dialog yang lebih kerap antara kepercayaan yang berbeza. Pelbagai kumpulan dijemput termasuk wanita dan masyarakat LBGT.

31.     Religious Freedom in Malaysia (RFL), JS8 dan JS9 mencadangkan Malaysia mengambil langkah untuk memastikan semua orang, termasuk orang Islam, bebas menggunakan hak mereka untuk kebebasan beragama dan kepercayaan, tanpa gangguan oleh kerajaan termasuk hak untuk mengubah agama mereka. ADF International juga mencadangkan hak buat umat Islam untuk menukar agama mereka kepada agama selain daripada Islam tanpa rasa takut terhadap tindakan undang-undang, dan hak orang Melayu untuk tidak dianggap sebagai orang yang menganuti Islam serta tidak menjejaskan identiti sebagai seorang Melayu. JS8 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari The Ethics & Religious Liberty Commission (ERLC) dan the Religious Freedom Institute (RFI) manakala JS9 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari The Ethics & Religious Liberty Commission (ERLC) dan the St. Charles Institute (SCI).

32.     JS9 bimbang dengan Mahkamah Syariah dalam menghukum tindakan murtad dan melarang rakyat Malaysia yang beragama Islam daripada mengubah agama mereka termasuk bukan Islam dari kalangan kaum Melayu yang telah didaftarkan secara silap sebagai penganut agama Islam atau melalui perkahwinan, telah dilarang mengubah status agama mereka ataupun selepas mereka bercerai di kad pengenalan mereka. JS9 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari The Ethics & Religious Liberty Commission (ERLC) dan the St. Charles Institute (SCI).

33.     SUARAM, JS15 dan Front Line Defenders (FLD) juga berkata, Pembela hak LGBTI juga menghadapi diskriminasi dan gangguan yang meluas. JS15 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Justice For Sisters (JFS), Komuniti Muslim Universal (KMU), Lawyers For Liberty, Sisters in Islam (SIS), Pelangi Campaign, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

34.     JS12 dan JS15 bimbang bahawa penglibatan COMANGO dalam UPR sebelum ini mengakibatkan Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan COMANGO ‘tidak sah’, dan mendakwa bahawa kumpulan Gabungan Pertubuhan Muslim di UPR (Universal Periodic Review atau Kajian Berkala Universal) menganjurkan kempen membenci dan memburukkan COMANGO.

35.     FLD mencadangkan agar Malaysia dapat menerima dan melaksanakan sepenuhnya cadangan UPR mengenai hak untuk berhimpun dan hak untuk bebas bersuara dengan penglibatan penuh HRD (pembela hak asasi manusia) di semua peringkat.

36.     BCM (Majlis Peguam) berkata, kes penggunaan kalimah “Allah” mempunyai kesan yang meluas dari aspek hak kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan ekspresi. Concerned Lawyers for Justice Malaysia (CLJ) juga timbulkan isu yang sama. Jubilee Campaign (The United States of America) dan World Evangelical Alliance (The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland) berkata, diskriminasi dilihat berterusan ke atas kumpulan minoriti agama di Malaysia dalam isu penggunaan kalimah “Allah”.

37.     JS11 berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan para ibu yang berkahwin “secara sah” memindahkan kerakyatan mereka kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar Malaysia seperti para ayah yang berkahwin “secara sah”. Golongan lelaki juga tidak boleh memindahkan kerakyatan mereka kepada anak-anak mereka jika anak itu dilahirkan daripada perkahwinan yang tidak diakui secara sah oleh undang-undang. JS11 mencadangkan agar Malaysia memansuhkan undang-undang serta dasar kebangsaan berkenaan diskriminasi gender atau jantina. JS11 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Development of Human Resources in Rural Areas (DHRRA) Malaysia, Voice of the Children (VoC), Yayasan Chow Kit (YCK), Global Campaign for Equal Nationality Rights (GCENR), Statelessness Network Asia Pacific (SNAP), the Institute on Statelessness dan Inclusion (the Institute).

38.     JS17 berkata, Wanita Islam di Malaysia menghadapi diskriminasi berganda – pertama, diskriminasi dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (IFLA) dan kedua, diskriminasi berbanding wanita dari kepercayaan lain, di mana wanita Islam menikmati hak yang jauh kurang dalam soal perkahwinan, perceraian, penjagaan anak dan harta warisan mereka. JS17 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Musawah dan Sisters in Islam (SIS).

39.     JS17 berkata, bilangan perkahwinan kanak-kanak telah meningkat. JS5 mencadangkan agar umur perkahwinan kepada 18 tahun dinaikkan untuk kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan tanpa pengecualian. JS17 memaklumkan bahawa umur perkahwinan di bawah IFLA adalah 18 untuk lelaki dan 16 untuk wanita, dengan pengecualian bahawa mereka mungkin berkahwin pada usia muda dalam keadaan tertentu dengan izin Hakim Mahkamah Syariah. HRW mencadangkan Malaysia untuk mengambil kira cadangan ini di dalam Pelan Tindakan Nasional dalam memenuhi sasaran SDG 5.3 untuk menghentikan semua perkahwinan kanak-kanak menjelang tahun 2030. JS5 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari ECPAT International and End CSEC Network (Protect and Save the Children Association; Majlis Kabajikan Kanak-Kanak Malaysia – Malaysian Council for Child Welfare, Good Shepherd Services, Protect and Save the Children – P.S. The Children Malaysia).

40.     Global Initiative to End All Corporal Punishment of Children (GIEACPC) berkata, hukuman fizikal atau ‘corporal punishment’ terhadap kanak-kanak masih sah di sisi undang-undang dalam semua situasi, termasuk hukuman jenayah dan mahu Malaysia melaksanakan undang-undang untuk melarang hukuman ini dalam semua situasi, termasuk di bawah undang-undang tradisional malah di bawah undang-undang agama juga.

41.     JS17 berkata, di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (IFLA), seorang bayi yang dilahirkan oleh pasangan yang sudah berkahwin selama kurang dari enam bulan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan mendaftarkan nama bapa biologi kepada bayi tersebut. Foreign Spouses Support Group (Malaysia) berkata, walaupun seorang bapa dengan kerakyatan Malaysia yang berkahwin dengan seorang ibu dengan kerakyatan negara asing, dia tidak akan dapat menyerahkan kerakyatan kepada anak luar nikah tersebut. JS17 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Musawah dan Sisters in Islam (SIS).

42.     JS17 mencadangkan Malaysia untuk meminda Seksyen 88 di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (IFLA) agar hak penjagaan yang sama di sisi undang-undang diberikan kepada kedua-dua ibu dan bapa demi kepentingan terbaik buat kanak-kanak yang terlibat. JS17 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Musawah dan Sisters in Islam (SIS).

43.     JS12 berkata, migran yang sudah berkahwin bergantung sepenuhnya kepada pasangan suami Malaysia mereka untuk kekalkan status mereka di sisi undang-undang di negara ini. Beri kesan pada wanita dan kanak-kanak.

44.     CENTHRA berkata, dianggarkan terdapat hampir 300,000 kanak-kanak tanpa warganegara, termasuk kira-kira 20,000 orang India yang tiada dokumen kelahiran di Malaysia, yang dinafikan hak untuk perjalanan, akses kepada sistem kesihatan awam dan sekolah awam. Tanpa status dan dokumentasi rasmi, mereka menghadapi risiko penahanan dan terdedah kepada diskriminasi, penyalahgunaan, eksploitasi dan pemerdagangan manusia.

45.     JS11 berkata, terdapat 11,500 orang yang tidak mempunyai kerakyatan dan banyak individu serta kumpulan yang dinafikan hak kerakyatan dan mungkin tidak mempunyai status atau berisiko tanpa kerakyatan. Majoriti penduduk ini berasal dari etnik Tamil. JS11 mencadangkan agar Malaysia dapat melaksanakan pendaftaran kelahiran universal di Malaysia, sebagai alat untuk melindungi hak kerakyatan dan mencegah status tanpa kerakyatan. JS11 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Development of Human Resources in Rural Areas (DHRRA) Malaysia, Voice of the Children (VoC), Yayasan Chow Kit (YCK), Global Campaign for Equal Nationality Rights (GCENR), Statelessness Network Asia Pacific (SNAP), the Institute on Statelessness dan Inclusion (the Institute).

46.     JS20 mencadangkan agar Malaysia dapat membentuk Pasukan Petugas Khas di bawah Majlis Keselamatan Negara untuk melihat mekanisme yang sesuai dalam meluluskan status kerakyatan atau kewarganegaraan kepada orang yang tidak mempunyai kerakyatan atau ‘stateless person’. JS20 adalah gabungan NGO dan badan organisasi dari Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA), Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Persatuan Peguam-peguam Muslim, Malaysia (PPMM), Islamic and Strategic Studies Institute Berhad (ISSI), Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK), Darul Insyirah, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Pertubuhan Ikatan, Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM), Gabungan Peguam Muslim Malaysia (iPEGUAM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Majlis Ittihad Ummah, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), CONCERN (Coalition of Sabah Islamic NGOs), Harakah Islamiah (HIKMAH) │ Lembaga Al-Hidayah | Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Sarawak, Halaqah Kemajuan Muslim Sarawak (HIKAM), Pertubuhan IKRAM Negeri Sarawak, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Cawangan Sarawak, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Negeri Sarawak, Yayasan Ikhlas Sarawak, Persatuan Ranuhabban Akhi Ukhti (PRAU), Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Sukarelawan Al-Falah YADIM Sarawak, Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya (PERKEMAS), Young Professionals, Pertubuhan Damai & Cinta Insani (PENDAMAI), Yayasan Ihtimam Malaysia, Persatuan Amal Firdausi (PAFI), Persatuan Jihad Ekonomi Muslim Bersatu Malaysia, Yayasan Himmah Malaysia (HIMMAH), Persatuan Syafaqah Ummah (SYAFAQAH), Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA), Malaysian Lawyers Circle (MLC), Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya (PERKEMAS), The International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Centre for Alternative Policies in Economics (CAPE), Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), International Relations and Diplomacy Committee, Malaysian Youth Parliament (PBM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM), WADI Malaysia, Human Security and Peace Scholars Network (HOPE), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA). 

HUZIR SULAIMAN
05 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 5/12/2018