PM akui di PBB mahu ratifikasi ICERD

KOTA BHARU: Wisma Putra dianggap memberi jaminan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia akan meratifikasikan lima konvensyen antarabangsa sebelum Mac tahun hadapan.

Advertisement

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Malaysia sebagai ahli PBB terpaksa berhadapan ratusan persoalan dari badan antarabangsa itu berkaitan hak asasi manusia.

Katanya, Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di PBB baru-baru ini secara jelas mengatakan Malaysia tetap meratifikasikan walaupun berhadapan bantahan rakyat.

“Tahun ini di mana Malaysia kena jawab hampir 200 berkenaan hak asasi manusia di PBB.

“Kementerian Luar sudah menyatakan komitmen kepada PBB mengikut pintu belakang mengatakan kita akan meratifikasikan lima konvensyen tersebut sebelum Mac hadapan,” katanya pada Forum Bahaya ICERD dan Masa Depan Malaysia di Kelantan Trade Center (KTC) di sini malam tadi. – HARAKAHDAILY 6/12/2018