Tunjuk sokongan bantah ICERD

bantah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman menyeru kepada semua rakyat Malaysia turun bersama pada hari ini untuk menunjukkan sokongan dan bantahan terhadap ICERD.

Advertisement

“Ternyata ICERD adalah usaha pemecahan keharmonian yang telah lama kita kecapi bersama,” tambah beliau.

ICERD bukanlah sesuatu yang baru. Ia bermula pada tahun 1965 lagi. Namun apabila Menteri Perpaduan mengejutkan fitnah ini daripada tidurnya, umat Islam tidak lagi boleh berdiam diri.

“Lebih memeritkan usaha di semua peringkat termasuk melobi di peringkat antarabangsa telah berjalan lebih lama dahulu untuk meratifikasi ICERD ini.

“Bahkan kewujudan beberapa NGO yang kononnya menjaga hak asasi manusia telah lama bermula dan bergerak. Dengan langkah yang penuh berhati-hati malah kelihatan sangat mulus dengan membawa mesej hak asasi,” tambah beliau.

Menurut beliau, apabila PH menang dalam PRU ke-14, ada yang merasakan inilah waktunya.

Pelbagai keburukan dan pembohongan telah dibuat sebelum ini termasuk menyatakan bahawa Malaysia mendiskrimasi tuntutan kaum serta agama. Walhal ianya ternyata adalah penipuan yang terjelas.

Kerajaan PH pada hari ini juga berdolak-dalik mengenai keputusan mereka. Seketikanya mereka menyokong ICERD kemudian akibat beberapa desakan daripada rakyat, mereka cuba menangguhkan malah akhirnya mereka sanggup menolak.

“Ternyata siri dolak dalik mereka ini tidak harus menjadikan orang Melayu dan Islam berdiam diri lagi. Kita harus bangkit mempertahankan hak kita yang semakin hari semakin menipis dan terancam,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/12/2018