Kerajaan tiada solusi atasi sisa nadir bumi

KUANTAN: PAS Pahang mahu kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik isu pembuangan sisa nadir bumi di Gebeng demi kesejahteraan rakyat.

Advertisement

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, kerajaan negeri seperti tiada solusi baharu bagi menyelesaikannya selain mahu sisa buangan nadir bumi Lynas dibawa keluar dari negeri tersebut.

Menurutnya satu cadangan atau langkah baharu yang lebih berkesan diharap dapat dimuktamad bagi menyelesaikan masalah yang berlanjutan sejak beberapa tahun lepas.

“Persoalannya kenapa perlu tunggu sehingga September 2019 untuk mengarahkan Lynas keluarkan sisa buangan nadir bumi itu.

“Sepatutnya kerajaan perlu segera menunaikan janji untuk menutup operasi Lynas. Tidak perlu tunggu lama sehingga setahun,” katanya di sini.

Difahamkan sisa nadir bumi masih berada dalam kawasan kilang berkenaan kerana tidak boleh dibawa keluar tanpa kelulusan kerajaan. – HARAKAHDAILY 10/12/2018