Duit dan masa depan Umno

AHLI akar umbinya memberitahu saya, keadaan umumnya Umno akan habis. Mulai ada dalam kalangan ahli di kebanyakan tempat berminat menubuhkan Bersatu dan yang sedia menyambutnya pun ramai.

Advertisement

Saya tanya apa yang menyebabkan sikap itu?

Jawabnya, ‘duit!’

Orang-orang Umno yang bergiat selama ini, terutama 30 tahun terakhir, kerana ia adalah saluran rezeki. Orang tidak bergerak dalam Umno ada rezeki juga, tetapi bagi yang bergerak di situ banyak rezeki dan peluang boleh didapati, terutama dengan menjadi orang kuat Umno.

Sekarang Umno sudah tidak berkuasa. Bagi orang dapat rezeki tanpa bergiat dalam Umno, tidak terasa apa-apa sama ada Umno ada atau tidak, baik Umno berkuasa atau tidak. Mereka boleh buka gerai nasi lemak, buka pusat cuci kereta atau apa sahaja.

Cuma hujung pemerintahan Najib kehidupan semua rata-rata payah. Yang kaya jadi kurang kaya, yang senang jadi kurang senang, yang kurang kaya jadi tak kaya dan tidak miskin dan pendapatan mulai tidak cukup. Dengan harga barang melambung, miskin bertambah dan semua susah.

Maka semuanya mahukan perubahan.

TULISAN PENUH SUBKY INI BOLEH DIBACA DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT DI PASARAN.