Perlis perlu pertahan peranan IPG

KANGAR: Kerajaan negeri perlu mempertahankan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis daripada ditukar kepada fungsi lain.

Advertisement

Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri perlu memainkan peranan mendesak kerajaan pusat supaya IPG tidak ditutup.

“Saya mendapat maklum IPG Perlis turut disenarai pendek akan ditukar kepada fungsi lain.

“Kita harap kerajaan negeri akan mempertegaskan isu ini sekiranya ada sebarang perjumpaan dengan kerajaan pusat. IPG Perlis satu-satunya IPG yang ada di negeri ini.

“Sepatutnya IPG ditutup di negeri yang mempunyai bilangan IPG lebih banyak termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya ketika mengambil bahagian membahas Belanjawan Perlis 2019 pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Menurutnya dengan adanya IPG dapat membantu merangsang ekonomi Perlis secara tidak langsung dengan kehadiran pelajar-pelajar dari luar. – HARAKAHDAILY 12/12/2018