Bantuan untuk pelajar bagi sesi baharu persekolahan

BESUT: Menjelang sesi persekolahan baharu yang bakal dibuka awal Januari nanti, persiapan untuk anak-anak pelajar sedang gigih dilakukan para ibu bapa khususnya.

Advertisement

Namun, Kerajaan Negeri Terengganu juga mengambil peranan seumpama meringankan beban ibu bapa menerusi agihan bantuan persekolahan yang diadakan di seluruh negeri itu.

Di Dun Jabi, seramai 4,238 pelajar telah menerima sumbangan tersebut pada sesi sumbangan yang berlangsung selama empat hari disampaikan Adun Jabi, Dr Azman Ibrahim di Dewan Sivik Jabi, di sini.

Setiap pelajar menerima bantuan berupa uniform sekolah lengkap dan beg pada program yang turut dijayakan Pusat Khidmat Dun Jabi, i-Mits, Pemuda, Ameerah, Jabatan Amal serta Pengerusi dan Jawatankuasa MPKK.

Menurut Dr Azman, beliau berharap menerusi pemberian bantuan sedemikian akan menambahkan lagi semangat anak-anak pelajar khususnya untuk memulakan sesi baharu persekolahan. – HARAKAHDAILY 17/12/2018