Lebih 1,000 iringi jenazah Adib

KUALA KEDAH: Lebih 1,000 sanak saudara dan penduduk mengiringi jenazah Alllahyarham Mohammad Adib Mohd Kassim yang diterbangkan dari pangkalan TUDM Subang.

Advertisement

Jenazahnya tiba di Tebengau menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendarat di padang Sekolah Rendah Kebangsaan Tebengau kira-kira jam 10.30 pagi.

Kemudian jenazah dibawa ke Masjid Tebengau disolatkan sebelum dibawa ke rumahnya di Kampung Tepi Laut, Tebengau.

Turut mengiringi wira tersebut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakrurazi dan pimpinan PAS Kedah serta kerajaan negeri.

Lebih mengharukan lagi arwah dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini.

Beliau menghembuskan nafasnya terakhir pada kira-kira jam 9.41 malam tadi. Muhammad Adib mengalami kecederaan parah ketika bertugas dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman 27 November lalu. – HARAKAHDAILY 18/12/2018

Orang ramai sambut jenazah