Grab perlu dikena peraturan serupa teksi

KOTA BHARU: Perhimpunan aman pemandu teksi mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenakan peraturan yang dikenakan ke atas pemandu teksi diperluaskan kepada pemandu Grab.

Advertisement

Pengerusi Pengerusi Persatuan Kereta Sewa Terminal Bas Tesco, Azmi Mohd Zin, 44 berkata, pengusaha teksi mempunyai permit, lesen memandu dan perlu menjalani ujian Puspakom.

Katanya, peraturan serupa dicadangkan dikenakan terhadap pemandu Grab bagi mempastikan tahap keselamatan penumpang.

“Apa yang kerajaan kenakan kepada pengusaha teksi ini kita minta turut dikenakan terhadap Grab.

“Semua orang tahu Grab mempunyai ibu pejabat di Singapura, segala keuntungan dibawah ke sana. Itu sahaja yang kita tuntut sebenarnya.

“Lain-lain tiada bahkan kita akur dengan dasar kerajaan bahawa Grab di Malaysia dianggap sah oleh kerajaan,” katanya pada perhimpunan aman di sini hari ini.

Lebih 200 pemandu teksi mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut keadilan daripada kerajaan Pakatan Harapan yang dianggap mereka mengabaikan nasib teksi di Malaysia.

Perhimpunan yang dianjurkan itu turut diadakan serentak seluruh negara dianjur Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap syarat yang dikenakan.

Pada perhimpunan itu mereka juga menyerah memorandum kepada kerajaan negeri yang diwakili pegawai khas Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Mohd Fariz Mat Rahim. – HARAKAHDAILY 19/12/2018