Pemergian Radzi Melissa, takziah dari DACS

INNALILLAHI wa inna ilaihi rojiun.

Advertisement

DACS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Radzi atau nama sebenar beliau Mohd Radzi Abdul Hamid yang telah kembali ke rahmatullah selepas rebah ketika mengadakan persembahan di Panggung Anniversary Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Arwah dahulu yang terkenal sebagai penyanyi kumpulan rock Melissa, masyhur pada era 90-an yang kini telah berhijrah menjadi pendakwah bebas di samping menyampaikan lagu-lagu dakwah dan ketuhanan. Arwah seorang yang gigih menyampaikan dakwah di seluruh negara melalui bidang nyanyian yang menjadi kepakarannya. Diselitkan unsur-unsur dakwah dalam setiap nyanyian contohnya lagu yang terkenal, “Cinta Untuk Nabi lah”. Diubah liriknya tetapi dikekalkan lagunya dengan diserapkan mesej dakwah di dalam lagu tersebut.

DACS Malaysia mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. Amin.

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR

Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS).
Dewan Pemuda PAS Malaysia. – HARAKAHDAILY 23/12/2018