PAS Wangsa Maju beri bantuan persekolahan

WANGSA MAJU: PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan program Back to School yang telah dilangsungkan di Madrasah Nurul Muttaqin, Taman Melati, di sini semalam.

Advertisement

Menerusi program tersebut, seramai 135 pelajar dari 60 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan berupa wang tunai RM100 dan set alat tulis sempena sesi persekolahan 2019.

Usaha dilaksanakan menerusi Lajnah Kebajikan dengan kerjasama Pemuda dan Muslimat PAS Wangsa Maju itu bertujuan meringankan beban golongan tersebut.

Penyampaian telah disempurnakan oleh Naib Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan Ketua Muslimat PAS Wangsa Maju, Ustazah Hanisah Mohamad.

Turut mendapat manfaat menerusi program kebajikan tersebut yang diperolehi dari sumbangan orang ramai itu termasuk penerima dari kaum India. – HARAKAHDAILY 24/12/2018 

IMG 20181224 WA0008

IMG 20181224 WA0009