Siapa tubuh PAS tahun 1951?

SEMUA tahu yang menganjurkan perjumpaan alim ulama Umno di Butterworth tahun 1951 ialah para alim ulama Umno yang tujuannya adalah untuk mengukuhkan kedudukan golongan ulama atau suara Islam dalam Umno.

Advertisement

Tetap ada yang mengatakan tidak.

Alim ulama Umno sekadar menganjurkan perjumpaan tetapi yang menubuhkan parti itu adalah campuran orang-orang berjiwa Islam bersama alim ulama Umno yang hadir dalam perjumpaan itu.

Mungkin pendapat ini akan diperinci oleh peserta Seminar Sejarah Penubuhan PAS yang dianjur PAS pada 19 Januari 2019 nanti di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur. Inilah seminar sejarah PAS yang pertama kali diadakan sejak PAS ditubuhkan tahun 1951.

Para sejarawan negara, sejak dahulu tidak mentakwil yang menubuhkan PAS itu ialah Umno.

Tetapi Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam tahun 1982 menolak PAS ditubuhkan oleh Umno. Sejak itu mulai orang yang setuju dengan pandangan Ustaz Fadzil itu.

Ustaz Fadzil seolah-olah cenderung bahawa yang menubuhkan PAS itu adalah orang-orang PAS yang ramai di luar Umno tetapi mereka belum lagi menubuhkan PAS.

TULISAN PENUH SUBKY BOLEH DIBACA DALAM AKHBAR HARAKAN EDISI JUMAAT DI PASARAN.