Perpaduan Islam (Siri 2)

Modus Operandi Musuh

Advertisement

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ
عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian). (Surah Al Baqarah: 217)

Umat Islam yang mutadayyin (kuat pegangan agamanya) pasti akan memikirkan apa yang diperintah oleh Allah swt sehingga akhirnya mereka mampu menunaikan perintah tersebut.

Iklim sosial dan politik hari ini menjadi faktor untuk ummat Islam kembali bangkit menjulang izzah (kehebatan) mereka dengan memperkukuh dan menyatupadukan tenaga mereka.

Islam dan syariatnya mesti menjadi sendi utama pada penyatuan ummah ini. Bukan kepentingan politik dan agenda kuasa pihak tertentu.

Sebaliknya mengangkat kepentingan Islam dan umatnya. Berpaksi kepada perlaksanaan syariat Islam dan mengembalikan sistem politik serta ekonomi yang patuh syariah.

Ummat Islam Mesti Bangkit

Penyatuan ummat Islam mesti diusaha dan dilunaskan sepanjang masa. Ia tidak boleh tertakluk kepada musim tertentu yang akhirnya menyerlahkan kepentingan tertentu yang berselindung disebalik seruan perpaduan.

Perpaduan umat Islam adalah satu kewajipan yang merentas sempadan bangsa, kaum, parti politik dan daerah penempatan.

Fakta menzahirkan betapa musuh Islam tidak mengenal sempadan itu. Mereka mensasarkan Islam dan umatnya tanpa mengira rupa dan garis sempadan.

Maka ummat Islam mesti bangkit memperjuangkan Islam dan menyatukan ummah dengan agenda dan aktiviti Islam.

Meletakkan Islam sebagai asas utama penyatuan ummat Islam adalah jaminan penyatuan yang utuh laksana berpaut pada dahan yang kukuh.

Justeru Islam melindungi semua pihak dengan paksi keadilan, kebenaran dan kemuliaannya dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial.

(bersambung)