PTA Zon Tawau suntik anak muda semangat Amal

SEMPORNA: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Sabah telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) Zon Tawau yang dilangsungkan di Taman Hidro, Tawau, di sini 28 Disember lalu dan berakhir kelmarin.

Advertisement

Program melibatkan Kawasan Tawau, Lahad Datu, Kalabakan, Semporna dan Silam itu bertujuan melatih anggota dengan kemahiran Amal seperti bantuan kecemasan dan perubatan, semboyan, trafik dan lalu lintas, serta lain-lain lagi.

Menurut Pengarah PTA Zon Tawau, Andi Azharuddin, latihan diberi itu bukan sahaja menerapkan kemahiran, malah membentuk jiwa kesukarelawan serta melahirkan pelapis kepimpinan.

Yang DiPertua PAS Tawau, Mohammad Husain ketika merasmikan PTA itu berkata, generasi muda mesti memanfaatkan usia melibatkan diri dengan aktiviti tersebut agar tidaj mensia-siakan masa.

Serunya, aktiviti sedemikian juga perlu dijadikan wadah untuk menarik lebih ramai anak muda yang sebenarnya berminat dengan acara seperti itu selain mendidik untuk berada di lapangan masyarakat.

Menurut beliau, usaha berterusan melaksanakan gerak kerja sukarela membantu masyarakat akan menatijahkan masa depan lebih cerah untuk negara ini kerana generasi muda adalah tiang bangsa.

Mohammad pada majlis itu juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang tiga hari itu di mana diungguli Lahad Datu diikuti, Tawau dan Semporna. – HARAKAHDAILY 1/1/2019

IMG 20190101 WA0009  

IMG 20190101 WA0011

IMG 20190101 WA0012