Imam ditamat kontrak tanpa alasan

KANGAR: Seramai 25 imam kariah di negeri ini menerima surat ditamat kontrak, manakala lebih 10 lagi ditukar ke kariah lain.

Advertisement

Surat penamatan kontrak itu dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) pada 31 Disember 2018 lepas yang dilihat seperti tergesa-gesa.

Seorang imam yang ditamatkan kontrak tersebut berkata, surat tersebut tiada lansung menyatakan sebab ditamatkan kontrak yang bermula pada 1 Januari 2019.

Katanya tidak menjadi kesalahan jika ditamatkan kontrak dengan dinyatakan sebab.

“Jika ada imam yang tidak mengikut panduan pun, bukanlah menjadi kesalahan yang besar kerana masih tidak terkeluar dari amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Apa yang dilakukan JAIPs suatu yang agak luar biasa kerana imam diberhentikan serta merta tanpa diminta memberikan penjelasan terlebih dahulu,” katanya di sini.

Imam yang ditamat kontrak termasuk di Masjid Al-Ghufran Batu 2 Lama, Masjid Saidina Umar Al Khattab Guar Syed Alwi dan Masjid Nurus Said Santan. – HARAKAHDAILY 3/1/2019