Almarhum Ustaz Zawawi selamat disemadikan

BAGAN SERAI: Kira-kira 2,000 ahli dan pimpinan PAS serta masyarakat setempat hadir mengiringi perjalanan terakhir bekas Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohammad Zawawi Abu Hassan.

Advertisement

Terdahulu, almarhum dibawa pulang di mana urusan memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan oleh ahli keluarganya di kediaman beliau di Kampung Tebuk Panchor, di sini sebentar tadi.

Jenazah almarhum kemudian disembahyangkan selepas solat Zohor dan diimamkan oleh adindanya, Ustaz Abdul Latiff Abu Hassan di Masjid Jamek Kampung Tebuk Panchor.

Setelah itu jenazah telah diiringi para jamaah solat untuk disemadikan bersebelahan pusara ayahananya tidak jauh dari masjid tersebut di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebuk Panchor, di sini.

Ustaz Zawawi yang dikatakan kekejangan didapati turut mengalami pendarahan dalam kepala hasil pemeriksaan doktor setelah dimasukkan ke Hospital Taiping, petang semalam.

Almarhum bagaimanapun disahkan meninggal dunia awal pagi tadi dalam usia 42 tahun dan meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang masing-masing berusia 3, 8 dan 16 tahun. – HARAKAHDAILY 8/1/2019  

IMG 20190108 WA0023

IMG 20190108 WA0024