PAS Pahang bantu kempen di Cameron Highlands

TEMERLOH: PAS Pahang menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Ramli Mohd Nor, 63, seorang anak tempatan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PR) Cameron Highlands.

Advertisement

Ketua Penerangan PAS Pahang Hasanuddin Salim berkata, BN memahami situasi politik semasa dan berani membuat perubahan dengan meletakkan seorang calon dalam kalangan Orang Asli.

Katanya ia adalah satu keputusan drastik yang dibuat parti itu.

“Keputusan tersebut dialu-alukan dan PAS Pahang sebagaimana kenyataan Setiausaha Agungn Dato’ Takiyuddin Hassan akan menyokong calon pembangkang di PRK tersebut,” katanya di sini.

Oleh itu menurutnya petugas pilihan raya PAS akan turun padang terutamanya menemui penyokong PAS di Dun Jelai bagi mempertahankan kemenangan parlimen berkenaan.

Semalam BN mengumumkan Ramli yang juga bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia. Beliau merupakan anak jati kelahiran Pos Mensoon, Cameron Highlands. – HARAKAHDAILY 11/1/2019