DPPNPs tidak terlibat dalam isu pecat Imam

SEMALAM timbul polemik dalam media maya Facebook yang cuba mengaitkan DPPNPs dengan isu pemecatan 25 imam di seluruh Negeri Perlis.

Advertisement

Kenyataan yang bertajuk ‘Pemuda PAS dalangi demo di Masjid Guar Syed Alwi?’ adalah kenyataan jahat berbaur fitnah kerana cuba menimbulkan persepsi negatif masyarakat kepada PAS.

DPPNPs juga mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang cuba membabitkan PAS dalam isu 25 imam.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat jam 3.01 petang 11 Januari 2019 dan DPPNPs menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat isu ini.

DPPNPs berpendirian bahawa isu ini seharusnya ditangani dengan baik antara pihak JAIPs dan ahli qariah masjid-masjid yang terlibat agar satu penyelesaian terbaik dapat dicapai.

DPPNPs juga menaruh keyakinan bahawa pentadbiran JAIPs sentiasa terbuka dalam menerima perbezaan dalam amalan yang dijalankan selagi mana tidak bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Yang bertanggungjawab

USTAZ MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.
12 Januari 2019 / 6 Jamadil Awal 1440H – HARAKAHDAILY 12/1/2019