Sultan Pahang VI pembawa panji-panji Islam

SEBAK dan sejuk hati bila melihat pemasyhuran DYMM Tuanku Sultan Pahang ke VI diiringi dengan laungan takbir Allahu Akbar, memuji dan mengangkat kebesaran Allah S.W.T diikuti Daulat Tuanku.

Advertisement

Tambah lagi apabila DYMM Tuanku di dalam titah Baginda memetik kata-kata keramat Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A Khalifah Islam yang pertama yang berbunyi:

“Jika aku betul tolonglah aku. Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu amanah bohong itu khianat.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya maka tiada ketaatan untukku.”

Ternyata Tuanku Sultan sungguh prihatin dan mahukan pemerintahan Baginda dimulakan dengan permulaan yang baik iaitu menjunjung dan mentaati kehendak Allah dan Rasul.

Inisiatif ini mencerminkan tingginya ilmu dan kefahaman agama Tuanku selain prihatinnya Tuanku terhadap nasib dan kebajikan rakyatnya.

Dalam zaman serba mencabar ini pihak Istana merupakan benteng pertahanan umat Melayu Islam dan negara.

Kita berdoa moga Tuanku terus dibimbingi Allah dan menjadi Raja Pemerintah yang adil berlandaskan Islam dan menjadi payung pelindung rakyat.

Allahu Akbar
Daulat Tuanku. – HARAKAHDAILY 15/1/2019