Menduduki rumah baharu di Taman Warisan

TUMPAT: Projek Kampung Warisan Pelancongan di Kampung Laut yang pernah ditentang pemimpin parti serpihan kini memasuki fasa pembangunan.

Advertisement

Fasa pertama pembinaan lot rumah penduduk yang terbabit dengan projek terbabit siap sepenuhnya. Malah rumah juga sudah diduduki tahun lepas.

Penempatan yang dibangun bekas sawah padi kini dikenali sebagai Taman Warisan Jaya Kampung Laut. Ia dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob tahun lepas.

Di situ penempatan 12 lot rumah dan 8 tapak kilang. Di mana empat rumah dibina kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Kelantan dan program rumah dhuafat.

Pengarah Pusat Khidmat Dun Pasir Pekan Shalahuddin Che Husin berkata, penduduk yang terbabit sudah berpindah dua bulan lepas ke kediaman baharu.

“Kerja-kerja meroboh rumah lama penduduk yang ditinggalkan berjalan lancar dengan kerjasama pihak berkuasa,” katanya di sini.

Projek Kampung Warisan pada peringkat awal ditentang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN).

Bagaimanapun selepas beberapa penjelasan diberi akhirnya penduduk bersetuju membolehkan projek terbabit dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 17/1/2019

(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)