K’jaan Pusat saman K’jaan Kelantan tindakan terdesak

SAYA pasti rakyat semua terkejut dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang tiba-tiba mengemukakan saman terhadap Kerajaan Kelantan berkenaan hak dan nasib Orang Asli baru-baru ini.

Advertisement

Adakah Kerajaan Pakatan Harapan benar-benar ingin memperjuangkan nasib Orang Asli atau sengaja ingin menimbulkan polemik?

Waktu (timing) saman ini dibuat adalah ketika tempoh berkempen untuk PRK Cameron Highland sedang rancak berlangsung. Jumlah pengundi Orang Asli yang besar sudah tentu menjadi sasaran utama. 

Setelah mereka (Pakatan Harapan) tersilap menghina Orang Asli, kini mereka seolah-olah cuba untuk menampakkan keprihatinan dan menonjolkan bahawa merekalah pejuang hak Orang Asli yang sejati. Maka, Kelantan menjadi kambing hitamnya.

Apakah ada agenda politik di sebalik semua yang berlaku ini demi meraih kemenangan di kerusi Parlimen Cameron Highland ini?

Kerajaan Pakatan Harapan sedar bahawa mereka sedang terdesak disebabkan terlalu banyak janji yang gagal dipenuhi. Maka, apa lagi modal yang nak dijaja dalam ceramah-ceramah kempen mereka?

Wallahu’alam

TN. HJ. AMINUDDIN YAHAYA
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
19 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 19/1/2019