Pusat saman Kelantan gimik PRK C. Highland

KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Persekutuan yang diterajui PH memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan diterajui PAS berkaitan Orang Asal tidak lebih dari gimik politik PRK P.078 Cameron Highland.

Advertisement

Setiausaha PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, PH sedang melakukan segalanya untuk menunjukkan keprihatinan mereka kepada Orang Asal bagi memancing undi sempena PRK tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai politik ugutan sebagaimana pernah dilakukan Umno dahulu, tetapi kini menjadi pendekatan politik lebih teruk dilakukan PH.

Semalam, Kerajaan Persekutuan menerusi Peguam Negara, Tommy Thomas memfailkan saman itu kononnya sebagai menuntut hak mendapatkan pengiktirafan tanah adat Orang Asal Temiar di Pos Simpor, Gua Musang.

Kata Tommy, ianya juga sebagai komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap Orang Asal untuk menghalang tindakan yang didakwanya sebagai pencerobohan dan pemusnahan demi keuntungan komersial pihak swasta. – HARAKAHDAILY 19/1/2019