JAM Johor kehilangan anggota berpengalaman

JAMN Johor kehilangan sebutir permata paling berharga dalam gerak kerja amal. Dari Allah dia datang, kepada Allah jua dia dikembalikan.

Advertisement

Di saat Azan Isyak berkumandang malam tadi, ketika itu menerima berita paling sedih iaitu salah seorang anggota ALP JAMN Johor, Almarhum Basaruddin Bin Manja atau dikenali Pak Budiman atau Din Komando telah dijemput illahi. Beliau merupakan Ketua Unit Kurikulum dan Latihan JAMNJ.

Beliau jatuh ketika sedang memasang syiling di SRITI Al-Ukhuwah, Kluang petang tadi. Beliau terus dikejarkan ke Hospital Kluang. Namun Allah lagi menyayangi beliau, menjemput beliau pergi dahulu daripada kita semua. Beliau meninggalkan kita semua ketika saat beliau sedang membantu jemaah PAS.

Selamat jalan wahai perjuang, jasamu akan kami ingin. Senda guraumu, juga kata nasihat masih teringat di ingatan kami. Damailah kamu menghadap Allah. Semoga Allah menempatkan kamu di kalangan para syuhadah.

IQBAL GHANI ISMAIL
Pengarah,
Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor.
20 Januari 2019
8.55 malam – HARAKAHDAILY 20/1/2019