Ulamak Pelapis dekati anak muda dengan futsal

GELANG PATAH: Lajnah Ulamak Pelapis PAS Negeri Johor telah menganjurkan Pertandingan Futsal Piala Dato’ Mahfodz yang dilangsungkan di Futsal Ecosport, di sini kelmarin.

Advertisement

Pertandingan ini telah disertai sebanyak 16 pasukan yang melibatkan ahli PAS mewakili Kawasan-kawasan seluruh negeri ini terutama kalangan anak muda.

Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin dalam ucapan perasmian pertandingan itu menegaskan kepentingan anggota PAS terutama golongan memuda memiliki kekuatan fizikal dan rohani.

Hal tersebut menurutnya ke arah memacu diri ke medan amal gerak kerja dalam menyambung generasi dan masa depan legasi perjuangan Islam kerana agama ini pasti dimenangkan Allah.

Ketua Ulamak PAS Pusat, Dato’ Mahfodz pula melahirkan harapan agar penganjuran seumpama itu menjadi inisiatif dakwah santai dan dapat mendekatkan lagi kebersamaan anak muda.

Pada kejohanan julung kali itu menyaksikan pasukan Mersing A muncul Juara, manakala Taqwa FC JB kedua dan Mutiara Kangkar Tebrau FC di tempat ketiga. – HARAKAHDAILY 21/1/2019  

IMG 20190121 WA0008

IMG 20190121 WA0006