Simposium Seni Dan Hiburan Menurut Islam

ISLAM dengan hembusan angin kesejahteraan adalah agama fitrah yang menepati seluruh tuntutan kehidupan manusia. Islam sebagai manhaj kehidupan yang lengkap, menyusun atur kosmologi kehidupan mnusia dengan sempurna.

Advertisement

Islam agama yang syumul juga memberikan ruang kepada penganutnya berhibur namun dalam kerangka patuh syariah. Memandangkan terminologi dan skop hiburan telah memancing konotasi yang negatif maka Lujnah Kebudayaan Dan Kesenian PAS Pusat akan menganjurkan Simposium Seni Dan Hiburan menurut perspektif Islam.

TARIKH
26 Januari 2019 (Sabtu)

TEMPAT
Auditorium Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Memperkenalkan Islam sebagai agama yang holistik, menjawab semua persoalan dalam kehidupan.
2. Memerihalkan bagaimana hiburan menjadi wahana dakwah dalam sejarah ummat Islam.
3. Mengaktifkan pemberdayaan aktiviti kesenian dan kebudayaan dalam organisasi PAS sehingga ke akar umbi parti.
4. Mengkristalkan pendefinasiaan seni dan hiburan yang patuh Syariah oleh Presiden PAS.

YURAN
RM20

TENTATIF PROGRAM SIMPOSIUM

8.30-9.00 pagi: Pendaftaran Peserta
9.00-9.10: Ucapan Aluan Pengarah Program
9.10-10.20: Ucaputama dan Perasmian Simposium oleh YB Dato’ Seri TG Haji Abdul Hadi Awang.
“Seni dan hiburan dalam perspektif Islam”

10.20-10.50 Pagi: pembentangan kertas kerja 1:
(Seni dan Hiburan dalam Sejarah Pendakwahan Islam) oleh: Dr Fadli Ghani.

10.50-11.20 Pagi: Pembentangan Kertas kerja 2:
(Muslimah Dan Hiburan; Satu Kajian) oleh: Dr Asiah Ali.

11.20-11 50 Pagi: Pembentangan Kertas kerja 3:
(Seni dan Hiburan sebagai Wahana Ghazwatul Fikri oleh: Dr Zuhdi Marzuki)

11.50-1.00 Tengahari: sesi soal jawab.

1.00-1.30. Makan Tengahari/ Solat/ Bersurai.

PENUTUP
PAS sebagai gerakan Islam yang didukung massa mempunyai peranan dan tanggungjawab yng besar untuk memurnikan kefahaman rakyat tentang seni dn hiburan. Manakala pandangan Presiden PAS sangat dihormati oleh pelbagai segmen masyarakat termasuk kelompok pemikir dan intelektual. Semoga simposium ini akan merungkaikan pelbagai soalan berkaitan dengan seni dan hiburan menurut perspektif Islam. – HARAKAHDAILY 23/1/2019