Merafak sembah tahniah kepada Agong

agong

MESYUARAT Khas Majlis Raja-raja telah memperkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 setelah peletakan jawatan Sultan Muhammad V pada 6 Januari yang lepas.

Advertisement

Saya mewakili seluruh Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 atas pemilihan dan pelantikan ini.

Kami berharap semoga Allah S.W.T memimpin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dalam melaksanakan tugas dan peranan sebagai ketua negara.

Kami menaruh keyakinan yang tinggi untuk melihat Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja meneraju Malaysia dengan penuh dedikasi, agar kebaikan dan manfaat dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
24 Januari 2019 / 19 Jamadil Awal 1440 – HARAKAHDAILY 24/1/2019